Pages

Friday, 15 July 2011

MAJLIS PERSARAAN PK HEM EN,UMAR BIN KASIN

Pagi tadi berlangsung majlis persaraan PK HEM En. Umar Bin Kasin.













Saturday, 9 July 2011

LARIAN SERENTAK 1M1S

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah diadakan pada 2 Julai 2011. Seramai 175 orang murid telah mengambil bahagian dalam acara larian tersebut. Majlis dirasmikan oleh YDP PIBG En. Abdullah. Acara dimulakan dengan menyaksikan perasmian secara 'live' menerusi televisyen. Diikuti dengan aktivti regangan dan senamrobik. Pada jam 7.45 pagi guru-guru dan murid-murid dilepaskan mengikut peringkat. Juga terdapat penyertaan dari penduduk kampung. Selepas acara larian tersebut terdapat ceramah kesihatan dari Pegawai Kesihatan Hospital Slim River. Majlis tamat pada 12.00 tengahari.







Bacaan doa dari adik Hazim


Aktiviti regangan dan senamrobik






Murid-murid sedia untuk dilepaskan.






Guru wanita dan wakil penduduk kampung


Guru lelaki dan wakil penduduk kampung


Pertandingan mewarna murid prasekolah dan murid tahap 1


Ucapan dari Guru Besar


Ucapan dari YDP PIBG En. Abdullah


Ceramah kesihatan dari En. Musa Mohamed Pegawai Kesihatan Hospital Slim River


Hadiah untuk pemenang-pemenang.


Para pemenang.


Say cheese ^_^


Friday, 8 July 2011

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

Sambutan Israk Mikraj Telah Diadakan Pada 1 Julai 2011 Yang Lepas Selepas Waktu Rehat. Ikuti Suasana Semasa Majlis Tersebut.





Bacaan Ayat Suci Al-Quran Dari Adik Luqman


Ucapan Guru Besar 


Persembahan Murid Dengan Lagu Israk Mikraj


Penceramah Jemputan En. Umar Dari MRSM Trolak

VISI MISI DAN SLOGAN

VISI

MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEHRANG SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG TAHUN 2015

MISI

MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEHRANG SEKOLAH YANG CEMERLANG DENGAN MEMACU MURID-MURID CEMERLANG DALAM AKADEMIK, MEMPUNYAI SAHSIAH YANG TERPUJI, TAAT KEPADA AGAMA, PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG, CELIK ICT DAN BERINOVASI DAN CEMERLANG DI DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. (SUKAN, PERMAINAN, KOAKADEMIK, BADAN BERUNIFORM DAN PERSATUAN)


SLOGAN
SKSB CEMERLANG PEWARIS CONTOH PENEROKA MASA DEPAN

SEJARAH SEKOLAH

  • 6 Mei 1968 - SKSB terdiri daripada 3 buah bangunan -9 bilik darjah, pejabat, kantin,   tandas, 3 buah rumah guru serta padang.
  • 6 Mei 1968 - 31 Dis. 1983 - En Mohd Nadzir merupakan Guru Besar sekolah. Bilangan murid pada masa tersebut hanyalah 99 orang dan guru 3 orang. Pada tahun 1970, bilangan murid bertambah kepada 405 orang dan sekolah terbahagi kepada 2 sesi. 
  • 20 Mac 1984 - 1 Jan. 1987 - En. Mansur. telah mengganti En. Mohd. Nadzir sebagai Guru Besar.
  • 1 Jan.1987 - 25 Okt.1988 - En Alias telah menyandang sebagai Guru Besar sekolah. Pada 16 Nov. 1987, sekolah mendapat 4 orang PPP.Kt.C2 TBA iaitu En Arshad PK1, Pn Khairiah PK II, En Yaakob Nadir PK(KK) & Pn Maziah sbg Penyelia Ptg.
  • 16 Mei 1989 - 21 Jun 1998 - Guru Besar ialah En Kamaruddin. 
  • 21 Jun 1998 - 16 Mac 2000 - Guru Besar ialah Pn Hjh Ramlah. 
  • 16 Mac 2000 - 1 Okt. 2003 - Pn Fadzlah merupakan Guru Besar. Pada April 2002,1 blok bangunan 4 tingkat dibina yang menempatkan 8 bilik darjah, bilik muzik, bilik komputer, bilik kemahiran hidup, bilik guru, bilik kaunseling, bilik mesyuarat, bilik sains dan dewan terbuka. Makmal komputer turut didirikan dengan dibekalkan sebanyak 11 biji komputer. Pada awal 2003, kelas pra sekolah, Pra Wawasan, dibuka dgn bilangan murid 25 orang. 
  • *23 Okt. 2003 - Encik Abdul Zubiar b. Zainol telah menggantikan Pn. Fadzlah sebagai Guru Besar. Pada 2004, bilik J-Qaf dibuka, kelas pra sekolah turut ditambah, Pra Gemilang.Bilik akses diwujudkan pada 2008 dengan dibekalkan 10 komputer.